25 June 2011

Marble Coklat Cheese

 Tadi pza ada bg tau Anis ada order kek utk hari nie kan, kat bawah nie pza upload gambar kek tu...
dalam pkul 4.00 ptg tadi Anis datang ambk kek dkt umah pza, Anis duduk dkt jer dgn umah pza sama tempat...

Terima kasih bnyk2 Anis sbb sudi order cake dgn akk.. klu nak order utk raya bg tau awal2 tau..

Kek Padang & Bola

 23.06.2011 genaplah umur En. Suami .. hahaha, tak boleh tulis kat sini, klu tulis sure kena marah kikikiki.... sebenarnya umur dia sama ja dgn pza, klu sape2 dah tau umur pza tu mesti boleh teka berapa umur En. Suami....

Denga itu pza pun buatkan dia Kek Padang & Bola, dia sebernarnya tak tahu pun yg pza nak buat kek utk b'day dia sbb pza tak ada cakap apa2 pun dkt dia, mlm tu pun pza x buat apa persiapan pun...

Pas2 blk jer dia dari ofice ptg tu pza bawak kek tu g tempat tuisyen sbb mlm nie memang dia ada ngajar kat tuisyen, buat sambutan pun dkt tuisyen jgk, tp buat hari khamis memang tak ramai boleh lah mkn dgn puas budak2 tu...



Cheese Tart

Setelah lama bercuti dari buat CHEESE TART, minggu nie pza dpt order utk Cik CT kita nie, bnyk jgk lah order hari minggu nie, 150 biji jgk, 100 biji utk yg duduk TTDI Jaya nie, 50 biji lagi order dari Kak Liza, duduk kat Batu 3 Shah Alam tu jer, Kak Liza order sekali dgn kek karamel utk bawa balik kg, memang rajin kak liza blk kg 1 bulan 2 kali kot, setiap kali tu juga dia akan order dgn pza...

Cheese Tart, kegilaa ramai nie, kulit yg rangup inti cheese yg hmm sedap sgt2..

Marble Coklat Cheese

Assalamualaikum, semua... harap2 semua sihat la yer... agak lama pza tak update apa2 kat sini kan, hari nie pza nak update sikit lah order untuk minggu lepas, minggu pza buat order dari Anis, sebenarnya Anis nie kakak kepada student PTMI dah bnyk kali jgk dia order kek dgn pza, selalu yg dia order MARBLE CHOCOLATE CHEESE, hari nie pun dia ada order jgk nanti pza upload gambar utk n3 hari nie nye order...


Anis minta satu tu tulis HAPPY BIRTHDAY AYAH tp gambar lepas tulis tu pza lupa ambk la plk...

19 June 2011

Happy Father Day 2011



Assalamualaikum semua... hari nie 19.06.2011 adalah hari bapa, SELAMAT HARI BAPA YER utk semua lelaki yg telah bergelar bapa atau bakal bergelar bapa.. tahun nie pza dgn qais x sambut pun sbb en somi kena kerja luar, dia kena g Hong Kong ikut trip company... 

Pza nak ceita sikit kisah hidup pza, sebenarnya sejak dari kecik pza x pernah rasa kasih sayang dari seorang bapa sbb lahir2 jer ayah pza dah meninggal, dia meninggal sejak pza dlm perut mak 7 bulan, maksudnya pza nie anak yatim sejak dlm kandungan lah, tp tu semua bkn alasan... mak besarkan pza sepurna mcm anak2 org lain jgk malah dia kadang2 tu rasa org yg ada bapa pun x hidup mcm pza, pza nie bkn org senang tp mak sentiasa memastikan kami sekerluarga keluar dari kesusahan.. selagi kita ada usaha dan kemahuan semua pun boleh jadi. Betul tak kwn2 semua...

Ingat dulu masa kecik hidup susah semua org tak suka, tp bagi kami tu semua bukan halangan utk kami keluar dari kesusahan, semua tu tak penting org suka atau tak itu bukan alasan, org suka ke org tak suka ke bkn dia org yg bagi kita mkn...  yg penting usaha.

Bila ingat2 blk pza x pernah pun tgk wajah arwah ayah pza, nak tgk gambar pun tak ada, hanya yg boleh pza bg sedekahkan al-fatihah setiap kali sebelum tidor, semoga beliau ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...

Disamping itu pza memohon utk kita semua sedekahkan AL-FATIHAH utk bapa2 atau sesiapa sj yg telah pergi meninggalkan kita, semoga roh mereka tenang disana... AMIN....

17 June 2011

Chilled Mango & Blueberry Cheesecake

Rabu lps pza terima order Chilled Mango Cheesecake dgn Chilled Blueberry Cheesecake dari sape lg klu bukan Cik Shae kita tu, order nie dari kwn2 ofice dia satu tu utk hantaran, kali nie pza letak mango tu masa cheesecake cair sbb nak bg mango tu msk dalam jd x lah jatuh bergolek2 kan..


Mango Cheesecake nie memang sedap, bkn nak puji cake sendiri yer... sbb kat dalam tu piza ada letak pati mango yg fresh bila nak mkn tu memang akan ada bau mango, memang myelerakan... ckp bnyk x mau nak tau sedap mcm mana kena lah order...

14 June 2011

Surat Terbuka Kepada TV3 - Bantahan Terhadap Penyiaran Siri Drama Nora Elena

Nowa, 
Kakitangan Kajaan, 
Putrajaya 

TV3 
Sri Pentas, 
No 3, Persiaran Bandar Utama 
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya 

Tuan, 

Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena
 

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan. 

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut. 

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah 
marahdengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni? 

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu. Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??) 
Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!! 
Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami. 
Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini. 
Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny! 

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah. 
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja. 

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh. 
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday?? Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess 

v) Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha 

vi ) kari hangus, nasik hangit 
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je.. 

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil. 
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati 

"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh" 
"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??" 
Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan 

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana 

Sekian, 

"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"
 



( NOWA)
 
Pengerusi, 
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan 
Putrajaya 

09 June 2011

Chilled Mango Cheesecake

Smlm jln blog kengkawan tiba2 terjumpa lah resepi nie, baca nama cake nie pun dah terliur melilih air liur nasib baik x menitik kekeke... mlm smlm memang plan dgn en somi g giant sbb nak g beli brg2 utk wat Chilled Blueberry Cheesecake, kebetulan kat giant ada jual buah mempelam nih, masa ambl buah pza bau kat luar kulit hmm wangi bau tu mcm manis dlm hari harap2 manis lah buah nie..

Blk jer dari giant terus buat order si Shae utk hari nie dia order 3 biji Chilled Blueberry Cheesecake pas2 2 biji lg cake lain, ingat nak wat mlm jgk tp disebabkan bekas utk wat tu dah abis, niat tu simpan dulu pg td sama2 en somi kuar g kerja pza pun buat cake nie...

Msk peti dlm pkul 9.30pg pas2 kul 11.30 tu dah x sabar terus jer mkn kek nie, hmmm memang sedap x megecewakan, terasa mango yg manis tu kat dalam cake nie...

Lps nie boleh lah tambah koleksi kek dlm senarai tp rasanya klu nak tempah kek nie kena bg tau 1 minggu awl sbb takut buah pelam nie x ada stok...

08 June 2011

Kuih Raya 2011

Salam semua hari nie pza cuti dari buat cik CT & KEK , tahun nie pza ada jual kuih raya, sebenarnya rancangan nie dari tahun lps, tp pza terbabas kemana ntah jd tahun nie baru lah hajat tu tercapai.

Pza nak letak gambar x ada lg biskut2 tu tp pza boleh bg tau lah nama2 biskut raya yg pza akan jual nanti, jgn risau biskut2 tu memang sedap2 belaka...

1) BISKUT PISTASIO LEMAK
2) ALMOND LONDON
3) BISKUT BADAM RANGGUP

4) TART NENAS GULUNG
Sape2 yg nak sample boleh komen kat bawah nie yer, nanti dah ada gambar pza upload yer...


* BISKUT LAIN PZA AKAN UPDATE DARI MASA KE SEMASA....


07 June 2011

Cheese Tart, Fruit Tart & Cake Caramel

 Nie order hari nie, pza ada bg tau kat post yg lps kan ada order dari sec 15, hari nie pun pza g hantar kat tempat yg sama sbb lps jer mkn cheese tart tu kwn2 wati pun nak order jgk, pas2 akk fie yg jual bj budak2 tu pun order jgk dia nak blk kg nak wat b'day anak dia dkt kg dia ckp nak blk pg jd dlm pkul 10.30pg mcm tu pza dah kuar rumah sbb akk fie ckp dia kuar rumah pkul 10.30pg, pas2 watie yg order tu call order lg utk esok, jd esok pza kena g lg lah sec 15 tu...

Cheese Tart


Alhamdullilah cik CT nie msk lg, bln lps cuti panjang CT nie, ramai order kek jer, bln nie pembuka rezeki dgn CT. Hari jumaat lps pza dpt order dari sec 15, pza nie buta jln sikit tp setelah memberanikan diri cuba g tempat baru sorg2 akhirnya berjaya jgk..

Red Velvet Cheese Brownies

Agak lama x kuarkan cake nie kan, Red Velvet nie memang sedap rasa masam2 sikit, makan banyak pun tak muak, tp cake nie x besar mcm Red Velvet yg biasa tu sbb cake nie brownies...


Cake ni kecil jer saiz 7x7 berat 750gm ++, ku nak besar boleh bg tau pza ckp bawah tu nak 2 adunan, cake tu akan jd tebal sikit, tp memang sedap cake nie x muak mcm Red Velvet yg biasa2 tu..

06 June 2011

Edible Imej Cake Adk Wawa

Kek nie dah lama buat tp sbb terlalu sibuk sampai terlupa nak letak kat sini, kek nie akk dari TTDI Jaya jer yg order utk anak perempuan dia, dia mintak pza letak gambar Princess nasib baik lah ada stok dkt kedai..

03 June 2011

Novel Kasih Yg Suci On9

Sejak cuti sekolah pza sempat layan drama ptg2 dari pkul 7-8 mlm kat tv3, best jgk patut lah jadi kegilaan ramai, td online fb tiba2 ada nampak satu link bg novel KASIH SUCI, bila dah baca tu rasa macam best sbb boleh cover blk slot2 yg ketinggalan, pas2 pza pikir2 apa salahnya pza share dgn kwn2 lain jgk mesti lg lebih bermakna.






 Jom baca Kasih Suci On9

Cheese Tart


Smlm pza terima tempahan 350 biji Chesee Tart, 250 biji Cheese Tart Blueberry dan 100 biji Cheese Tart Strawberry, nak jadikan cerita dlm tgh rancak buat tu tiba dlm kul 10.30 pg semua alatan letrik kat umah semua mati. Mula la cemas sbb tart br siap satu talam (88 biji), nak kena buat bnyk lg nie, lps tu baru tringat yg dia org ada bg notis bg tau letrik hari nie dia org tutup kejap sbb nak repair kerosakan yg ada kat umah letrik yg kat Apartment yg pza duduk nie..

Turun lah nak tgk notis tu letrik x dak sampai pkul brapa2, malang btul nasib nari nie notis tu dah kena buang, alang2 dah turun bwh terus g kedai kek beli brg2 yg dah abis, duduk umah pun x leh nak wat ape sbb letrik x ada..

Blk dari kedai kek terus g pej pgurusan tanya sampai kul brapa letirk x ada, lega bila dia ckp paling lambt pkul 5ptg nasib baik, tapi nasib myebelahi pza pkul 1.30 ptg letrik dah ada...
 

From Home To Home Deli Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | web hosting