22 November 2012

DuRiAn CrEpE

Selamat petang kawan2 semua, terima kasih pada yg sudi jenguk blog pza nie walaupun dah bersawang sebab tak berupdate kan...

Ok tak nak tulis panjang2 nanti anak teruna pza bngun apa pun tak boleh buat sbb dia klu pza dan on laptop dia pun kalut la nak tgk utube, nak update blok pun susah..

Ok lah kat sini pza nak bagi tau yang pza dah open order utk DURIAN CREPE sebab en suami dah bagi lampu hijau sebelum2 nie dia tak berapa nak bagi, setelah puas aksi pujuk memujuk akhirnya dia bg juga kikiki...

Pza punya resepi nie menggunakan 5 jenis tepung tanpa ada sikit pun tepung gandum dan pza juga tak ada tambah pewarna tiruan tau, warna kuning tu adalah hasil dari gabungan 5 jenis ttepung tu lah..

Ok lah pza post gambar durian crepe kat sini bagi terliur sikit kan...


Ini kulit DC nipis kan sampai boleh nampak corak2 kat bawah tu dengan jelas skali..

Ini pula DC yang telah diisi dengan cream dan durian lepas letak durian pza akan letak lg cream kat atas isi durian  tu biar terangkat sikit rasa tu kan hehehe...



Harga RM10 untuk 5 biji.

Nak bagi tau lagi Durian Crepe pza nie besar tau bukan yg kecik2 besar sikit dari ibu jari tu, dah lah besar isi cream dgn durian banyak pulak tu memang akan puas hati lah kalau beli...

Apa2 kalau nak order boleh sms atau whatsapp pza yer pick point SHELL TTDI JAYA hahaha sebenarnya rumah pza depan shell tu jer klu rajin boleh masuk amik klu malas nak masuk amik dalam pza bg ikut pagar apprtment jer kikiki..


04 November 2012

AyAm GoReNg BeReMpAh


Ok kali nie pza nak kongsi resepi ayam goreng berempah, resepi nie pun pza ambik dari blog kawan2 jgk dah agak lama dah resepi nie...



Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan

5 ulas bawang putih**

2 biji bawang besar**

1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**

**ditumbuk atau dikisar kering
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging

1 sudu besar serbuk cili

1 sudu teh serbuk kunyit

3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Garam secukup rasa




Cara penyediaan:


1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.
2. Panaskan minyak, bila minyak betul2 dah panas baru lah korang goreng ayam tu dgn api sederhana ok.

Korang cuba lah sure anak2 suka ayam nie sbb ada rasa rempah2 pas2 yg rempah2 tu gaul dgn nasi sedap tau, msti bertambah2 anak2 korang makan nasi.

11 May 2012

Promosi Lasagna


Oleh kerana mendapat sambutan yang amat memberangsangkan pza dengan senang hari buat promosi sepanjang bulan MAY 2012. Jadi sapa2 nak order boleh lah call atau msg pza kat no nie yer 012-5442482 kalau pza tak angkat phone tu sila msg yer sbb kadang2 pza tak sempat nak angkat phone.

Lasagna Daging dan Ayam


Lasagna Daging dan Ayam order dari kak Fad Kelana Jaya, Ayu Puchong dan Kak Reen Ampang, nie semua order utk sabtu lepas, lama kan baru nak kuar n3 hahahaha nie kerja orang malas punya pasal jadi macam nie lah, apa pun terima kasih semua sbb sudi order dengan pieza lain kali order lagi yer..

Ni testimoni LASAGNA dari kawan2 yg dah order..




Sebenarnya ramai lagi yg bg respon kat inbox pza tak sempat nak godek2 inbox tu sbb bnyk sangat hehehe pza akan update testimoni yer...



10 April 2012

BeEf LaSaGNa SeTiA alAm

Assalamualaikum kawan2 yg sudi melawat blog pza yg jarang nak update nih kekeke, maklumlah terlampau rajin kan sampai blog pun dah naik berhabuk...Ok kali nie pza nak update pasal order minggu2 lepas order tu adalah.....



Ini dia beef lasagna yg sgt sedap sebab kaya dengan CHEESE...

Pada kawan2 yg nak order lasagna nie boleh lah, nie size kecik ada 3 lapisan size 8 x 4inci, walaupun nampak kecik tp sgt2 puas hari kalau makan sbb ada 3 lapisan tu memang tebal dan kaya dgn cheese...

Selalu kawan2 yg call akan tanya lasagna nie utk berapa org makan, pza pun kadang2 lupa jgk maklumlah umur dah meningkat  memori pun agak low ...

Kalau size kecik mcm nie boleh dalam 10 org makan, kalau size besar 8x8 inci tu boleh lah 15-20 org makan tapi kena tengok jugak size orang2 yang makan tu...hehehehe

Skrg pza ada buat size baru 12x9inci tp yg nie 2 layer jer lah sbb size dia agak besar, agak2 sama size dgn kertas A4 tu...

Ok lah pza tak nak bebel panjang2 nanti naik boring palak kawan2 baca kan....

Untuk harga dan size kawan2 boleh rujuk kat sini na..

05 March 2012

Chocolate Mould

Salam semua agak lama pza tak update blog kan, ok kali nie pza buat n3 pasal chocolate mould mesti ada yg hairan kan tiba2 ja jual chocolate mould nie, sebab sebelum nie pza tak pernah lg jual coklat kan..

Jangan tanya kenapa na sbb pza sendiri pun tak tau tiba2 ja rasa nak jual chocolate mould nie, mesti ada yg dah dapat agak pza nak jual coklat pulak kan....

Yes betui tu, pza dah start ambik tempahan utk coklat beraneka bentuk dengan kadar harga yg berpatutan...

Ok jom kita tengok gambar2 mould kat bawah nie..


 CM 001
 
 CM 002

CM 003

CM 004

CM005

CM006

CM007

CM008

CM009

CM010

CM011

CM012

CM013

CM014

CM015

CM016

Banyak lagi mould yang pza akan update mengikut kerajiran yer..

Harga chocolate mould nie tak lebih dari RM10 ada yang harga RM5 jer..





21 February 2012

BeEf LaSaGNa, ChiLled CheEsE CaKe, KeK KaRaMel PeLanGi

Assalamualaikum semua.... adoyai lamanya pza tak update blog kan sampai dah berhabuk dan bersawang lah...apa dah jadi la kan.

Maklulah awal2 tahun nie pza sibuk sikit dengan pusat tuisyen tu yg tak berapa nak sempat nak update blog , dengan en suami pulak sibuk dgn outstation ke sana ke mari kan, pza kena uruskan pusat tuisyen , untuk order nie pza slowkan sikit lah sbb nak bg tumpuan kat pusat tuisyen, bila semua dah stabil baru boleh rancak ambk tempahan kek n tart pulak kan..

Nie ada beberapa keping gambar yg pza sempat snap untuk tatapan kawan2 semua, sebenarnya banyak kawan2 kita order lasagna sejak dua menjak nie..


Kek Karamel Pelangi order dari Lynn


Chilled Cheese Cake Order dari Shae dan Bha


Beef Lasagna yg belum bakar, bnyk kan cheese kat atas tu, bukan kat atas tu jer pza tabur cheese tapi setiap lapisan tu pza akan letak cheese jugak bayangkan berapa bnyk cheese yang diperlukan utk buat lasagna nie, sbb tu lah lasagna nie agak mahal tapi berbaloi...

Ramai kawan2 yang order hari tu msg kat hp cakap sedap sgt2 lasagna tu, tq semua nanti jgn lupa order lagi tau..



Beef Lasagna order dari kawan2 kita lah ramai sangat dah tak ingat nama, sory hehehe

08 January 2012

Tahniah Pelajar PMR PTMI (Pusat Tuisyen Mawar Intelek)



TERLEBIH DAHULU, TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR YANG BERJAYA DALAM PMR TAHUN 2011. APA YANG PALING PENTING, TERUSKAN KECEMERLANGAN.

DI PTMI, KAMI SENTIASA MEMASTIKAN ANDA MENDAPAT YANG TERBAIK. INILAH
5 PELAJAR PMR PTMI TERBAIK 2011.

BAGI YANG BELUM BERJAYA, TERUSKAN USAHA DAN CABAR DIRI ANDA UNTUK BUAT YANG TERBAIK PADA SPM 2013 NANTI. TIADA ISTLAH TERLEWAT UNTUK BERJAYA. SENTIASA MUHASABAH DIRI, LAKUKAN PERUBAHAN & HORMATI IBU BAPA, GURU & RAKAN-RAKAN...

DAFTAR DI SEPANJANG BULAN DISEMBER UNTUK DISKAUN DAN HADIAH ISTIMEWA

5A UPSR... Contohilah Mereka...







Mereka ialah manusia yang sama dengan anda, mempunyai keinginan untuk berjaya seperti anda. Namun, mereka juga pernah merasa gagal sebelum mencapai kejayaan 5A dalam UPSR. Ini semua tidak akan tercapai sekiranya mereka berputus asa, malas, hilang keyakinan diri, tidak menghargai pelajaran dan mencari jalan untuk menimba ilmu seperti belajar di PUSAT TUISYEN.

Antara nilai yang perlu diamalkan untuk berjaya adalah disiplin. Anda berhak menentukan kemana arah tuju anda tetapi jangan abaikan disiplin yang baik. kerana manusia yang berjaya ialah manusia yang positif. Andalah generasi pewaris bangsa. Jangan sia-siakan harapan ibu bapa dan keluarga. Jangan kecewakan mereka. Walaupun mereka tidak mengungkit sumbangan dan pengorbanan, namun hakikatkan mereka memberikan demi masa depan anda yang gemilang. Ucapkan terima kasih kepada ibubapa, guru-guru dan kawan-kawan yang mendorong anda ke arah kejayaan pelajaran.

Segalanya telah terbukti.... Mereka berjaya melakukannya... Contohilah mereka...
 

From Home To Home Deli Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | web hosting