31 December 2010

Cake Utk Pengantin Baru

Td pza masukan Fruit Tart utk pengantin kan skrg pza masukan cake yer, mula2 yana nak tempah CHILLED CHEESE CAKE tp disebabkan bakal suami yana nak blk jauh takut plk x sempat nak mn cake tu dah cair...


MARBLE COKLAT CHEESE



MARBLE CHEESE BROWNISH (Yana nak bunga yg simple2 jer)


Dah siap letak dlm kotak, Yana mintak letak dlm kotak cantik siap2, kat kedai kotak nie jer yg ada yg lain2 tu semua x muat dgn Saiz kek, kotak nie pun 1 biji RM3.20 mahal jgk kan tp selamat lah sbb kotak tu keras...


Fruit Tart Utk Pengantin

Setelah agak lama pza x update blog nih kan, hari nie pza wat entry FRUIT TART SAIZ  BESAR, pengantin dr Cheras nak wat door gift utk tetamu yg hadir, jd dgn suka hatinya pza penuhi permintaan berliau, ini lah hasilnya harap Yana berpuas hati lah yer... Harap2 Yana akn order lg utk Majlis persandingan nanti...

 Fruit Tart bercream cheese, sedap sbb kat pastri tu ada letak conflate..

 Yana x mintak pza tulis pun tp sebagai penghargaan pza tulis selamat pgantin baru n lekat kat bekas tart tu, nampak lah berseri2 sikit kan...

27 December 2010

Order Hari Sabtu (25/12/2010)


Alhamdullilah semua kotak2 nie order utk satu hari, pza siapkan semua nie dlm masa 1 hari nasib baik Qais x buat prangai main baik jer klu x kelam kabut jgk lah nak siapkan semua nie sorg2, kat dlm kotak nie ada CHEESE TART, FRUIT TART, MARBLE CHEESE BROWNISH, CHILLED CHEESE CAKE, OREO CHILLED CHEESE CAKE & CAKE COKLAT MOISE, pza x sempat nak ambk gambar setiap jenis...

Dapat Anak Saudara Baru...

Alhamdullilah hari nie(27/12/2010) kakak pza telah selamat melahirkan anak lelaki secara pembedahan (ikut tingkap) ikutkan due dia bln Jan 2011 nanti tp disebabkan hal2 tertentu doktor mempercepatkan proses kelahiran. Nama n berat pun pza x tahu lg baru dapat tgk gambar melalui MMS jer.

Semperna kelahiran anak saudara yg ke6 pza dgn berbesar hati berikan 10% utk tempahan sepanjang minggu ini, jgn lepaskan peluang keemasan nie hanya dtg pada hari n masa tertentu jer...

23 December 2010

Cheese Tart, Chilled Cup Cake & Cake Coklat Moise

Hari nie pza terima order Alhamdullilah bnyk jgk, CHEESE TART 250 biji CHILLED CUP CAKE 12 biji, CAKE COKLAT MOISE 1 biji, kat bwh nie koleksi utk hari nie jemput2 lah tgk yer...
96 biji CHEESE TART order dari Zizie utk bwk blk kg dia pg jumaat sbb tu dia mintak letak dlm bekas nih


Nie plk 12 biji CHILLED CUP CAKE order dr Wany 


CAKE COKLAT MOISE order dr Wany jgk

22 December 2010

Carrot Cake utk Dr Rosmani Sec 6

Hari nie ada order dari Dr Rosmani, boleh kata tiap2 hari rabu dia akn order, dulu dia order CHEESE TART pas2 hari tu pza suruh dia try MARBLE CHEESE BROWNISH, pas2 masa g hantar tu bwk lah sample kat dia lebih En Hubby bwk utk outstation hari tu, minggu nih dia order 2 biji cake sekali gus MARBLE CHEESE BROWNISH & CARROT CAKE dia ckp staff dia dah berkenan dgn carrot cake tu...
Seteleh sekian lama nak wat bunga ros nih akhirnya berjaya jgk, tu lah kata org usaha tangga lif tul x kehkehkeh...


Cewi nih mentang2 dah reti wat bunga n daun letak pic bnyk2 sikit kan..


Nie gambar penuh CARROT CAKE topping atas tu cream cheese bkn icing yer..

Marble Cheese Brownish, Cake Coklat Moise, Carrot Cake, Cheese Tart & Fruit Tart

Banyak kan senarai cake n tart yg pza msk utk kali nie, nak tahu sbb ape... sbb dia cik malas dah dtg utk update blog lah kehkehkeh...ok x nak celoteh bnyk2 kt tgk koleksi gambar yg ada ok...SELAMAT MENJAMU MATA ....


CARROT CAKE, MARBLE CHEESE BROWNISH & COKLAT CAKE MOISE


CHEESE TART


FRUIT TART

18 December 2010

Marble Cheese Brownish, Cheese Tart & Oreo Chilled Cheese Cake

Alhamdullilah smlm sj pza buat 3 biji MARBLE CHEESE BROWNISH, 2 biji CHILLED CHEESE CAKE,  250 biji CHEESE TART.Seminggu cuti dr membuat kuih & cake hari Jumaat jd sibuk kembali...



13 December 2010

Kekadang kita tak terfikir pun....Muhasabah Dirimu

R E N U N G-RENUNGK A N:

1) Dari b ujang -kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow....
5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dal am semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan
gl am our...
9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kol am (bayar punye)----
laut dal am (sewa bot mewah)....... 
Kalong

.....
 T E T A P I...

KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT 
ADALAH
PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN UNTUK MATI'

Ump am anya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan am alan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan....

3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ....

6) 5 j am sehari menonton TV ----- 3 j am TV & 2 j am majlis ILMU......

7) 3 j am baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 j am majalah/surat
khabar/internet & 1 j am membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan... . .
 

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &

gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Mac am mac am lagi yang kita
pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,
jiran, rakan-rakan, DLL. 
Jadi s am alah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,
BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 j am sehari, tiadalah seorang pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... 
Tuhan juga memberi
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..

dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita ber am al sel am a lebih
kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk sel am anya...

......infiniti. ......

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin..

2. Roh para ul am a menuju ke Syurga Firdaus ..

3.. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi
dan tidak di langit s am pai hari ki am at.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dal am neraka Sijjin, mereka
diseksa beserta jasadnya hingga s am pai hari Ki am at.'


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat mal am dal am bulan r am adhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bers am a.

Wassal am .



p/s: Kalau rajin... hmmm. .kalu rajin la... Tolong sebarkan kisah ini
kepada saudara Isl am yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu am al
yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati..

11 December 2010

40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak...

Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 
40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Iaitu; 

1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat. 
2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat. 
3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak. 
4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak. 
5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak. 
6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan. 
7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan. 
8) Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak. 
9) Kurang melahirkan kasih sayang. 
10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak. 
11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah. 
12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan. 
13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak. 
14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak. 
15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak. 
16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca. 
17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal. 
18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak. 
19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak. 
20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak. 
21) Tidak menggunakan bahasa yang betul. 
22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak. 
23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak. 
24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat. 
25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak. 
26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak. 
27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak. 
28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak. 
29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak. 
30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.

31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak. 
32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak. 
33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak. 
34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. 
35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak. 
36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan. 
37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak. 
38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak. 
39) Tidak tegas mendidik anak-anak. 
40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

sumber:www.familiazam.com
p/s: Untuk rujukan teman2 dan juga sumber ilmu untuk diri sendiri...jika ada antara kita yang terlanjur melakukan kesilapan2 tersebut, berusahalah untuk memperbaikinya...."manusia sering melakukan kesilapan..namun apa yang paling penting adalah manusia mahu belajar dari kesilapan....."

10 December 2010

Carrot Cake Utk En Hubby

Malam semalam sempat buat CARROT CAKE utk En Hubby bawak bekal utk outstation hari nie, pagi2 lg dia dah kuar g office kat Jln Kapar Klang. Sblum En Hubby mkn Qais dah mkn dulu bnyk jgk dia mkn x pernah lg tgk dia mkn cake bnyk mcm tu, kira sedap lah tu klu dia nak mkn bnyk mcm tu.

Gambar 1 biji cake x sempat ambik, lupa lps dah potong br ingat nak ambik gambar kira aci lah kan gambar mcm nie pun, pada sape2 nak order tu boleh ler. 

06 December 2010

Salam Maal Hijrah

Selamat menyambut tahun baru hijrah 1432... Semoga apa yang kita azamkan tahun 1431 telahpun tercapai... Dan pastikan tahun 1432 terus memberi SINAR KEMENANGAN kepada kita. Semoga rezeki bertambah murah dan bertambah makmur. Bersamalah kita baca doa-doa ini:

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”  
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. 
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
 
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
 

05 December 2010

Oreo Cheese Cake , Coklat Moise Cake & Fruit Tart

Nie OREO CHILLED CHEESE CAKE order dr kak Baayah Sri Kembangan utk hari sabtu, nie cake utk sambut b'day dia, ape2 pun terima kasih daun keladi yer akk.


  

Fruit Tart utk Kak Baayah jgk, blum sempat kuar dr Sri Kembangan dia msg bg tau dah abis 1 kotak fruit tart nie anak2 dia n anak saudara dia mkn...


Nie pun order dr Kak Baayah Sri kembangan jgk..

Nie dua biji Cake yg telah ditempah oleh kak Robaayah... 

Sebenarnya hari nie ada lg 100 biji CHEESE TART ORDER dr akk yg duduk dkt Putrajaya, memang rezeki akk tu sbb dia call pg2 tanya nak order TART nasib baik lah mak pza ada kat rumah memang sempat lah nak buat, secara kebetulan plk mlm tu memang nak g SRI KEMBANGAN jd x jauh lah nak g ke Putrajaya tu,terima kasih daun keladi lah semua kerana sudi order dgn pza klu ada yg terkurang tu maaf lah yer..

28 November 2010

Marble Cheese Brownish utk PTMI

Esok 29/11/2010 bermula sesi pendaftaran tuisyen utk tahun 2011, pza wat khas cake MARBLE CHEESE BROWNISH utk semua yg datang daftarkan anak2 dia org kat PTMI. Bukan ape x kan org datang daftar x nak jamu ape kot kan, biar sikit dari tak ada langsung kan, pza pun x plan pun nak wat makan2 kat PTMI tu secara spontan terfikir nak wat makan2 semperna sesi pendaftaran bermula, so sesiapa yg datang esok dapat lah merasa cake nie....

27 November 2010

Fruit Tart & Marble Cheese Brownish

Nie 100 FRUIT TART order dr K.Ina Usj 20 first time wat nie terketar2 jgk lah tangan kayu nie nak hias buah atas cream cheese , K.Ina nak order masa raya Haji ari tu tp pza x sempat nak wat sbb order terlalu lah bnyk masa tu..harap k.Ina sekeluarga berpuas hati lah yer dgn FRUIT TART nie...

Yang nie plk MARBLE CHEESE BROWNISH order dr Fadia sec 7 Shah Alam , first time g sendiri kat sec 7 tu nasib baik lah sampai dgn selamat. Masa cake nie siap tergugat jgk tgk, dgn bau dia yg hmmm memang myelerakan nasib baik lah kuat iman klu x abis cake nie pza kerjakan, fadia order 30 biji CUP CHILLED CHEESE CAKE  n 150 CHEESE TART  jgk tp pza x sempat nak ambik gambar sbb elok jer nak ambik ada org call tanya pasal tuisyen lps tu dah tak ingat terus g hantar kat Fadia, tunggu lah kot2 Fadia ada ambik boleh pza letak kat sini...

Nie pza close up sikit bg semua terliur, memang sedap x rugi klu cuba...

Yg nie lah CHILLED CHEESE CAKE order dari kak Ina USJ 20 jgk harap2 berpuas hati lah dgn deko yg x seberapa nih... K.Ina nie leh dikatakan regular customer jgk, ramai jgk kwn2 dia yg order dgn pza lps mkn...

Hmm sedap tau rugi klu x cuba, ada rasa ICE CREAM + YOGURT  memang x muak klu mkn bnyk2...

Kasi tgk lg dekat sikit lah yer ....

Nie pun order dari K.Ina jgk utk b'day anak sulung dia harap berpuas hati dgn deco n tulisan tu tuan yg selalu tulis atas cake nie kena outstation jd terpaksa lah pza tulis sendiri...

Cake kat dlm tu MARLE CHEESE BROWNISH 




Hari nie paling sibuk sekali pg2 kuar g sec 7 hantar tart n cake kat Fadia, elok jer blk sampai rumah ada lak org call nak daftarkan anak dia kat tuisyen ALHAMDULLILAH rezeki, dia daftar 3 org anak dia kat tuisyen pza std 5, form 2 dan form 3, harap2 minggu dpn lg ramai yg daftar boleh lah start tuisyen 6/12/2010 utk budak2 UPSR, PMR & SPM tahun depan..

23 November 2010

Cheese Tart Saiz Besar

Cheese Tart saiz besar order dari Eida Cheeras 200 biji utk majlis tunang abg dia, saiz besar nie klu mkn memang akan trasa lah cheese tu sgt2 sbb ruang nak letak cream tu besar...

Chilled Cheese Cake & Marble Coklat Cheese Cake

Marble Coklat Cheese Cake order dari Ina Bangi, kebetulan En Hubby ada meeting dkt bangi so boleh lah ina merasa cake2 nie, dia order dah lama tp disebabkan masa x ada x sempat lah nak hantar sampai ke Bangi sana.

Nie plk CHILLED CHEESE CAKE , ina ckp sedap cake nih kalah Secret Recipe...

18 November 2010

INFO : Teknik Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak

Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua.

Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.

Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain.

Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi, yang boleh saya dapat rezeki yang halal.

Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut.

Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit.

Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.

ok la, pernah tak buat Sponge Cake (Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau
pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pepsi atau Coke.

Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain.

Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara.

Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, berhati-hatilah membeli kek.

Sekian

Chef Farid

Order Hari Raya Aidiladha

Cake Birthday utk syrira, sory syira untie x tahu nak tulis nama syira dkt mana tulis kat situ pun ok kan, nie cake MARBLE COKLAT CHEESE CAKE

Nie plk salah satu gambar dari 4 biji MARBLE CHEESE BROWNIES yg ditempah semperna hari Raya Aidiladha

Nie plk antara 1500 biji CHEESE TART yg ditempah semasa hari Raya Aidiladha ari tu...

Nie plk tempahan dr kakak Zizi utk bawa ke MYANMAR, wah jln jauh lah CHEESE TART  nie...


17 November 2010

Salam Aidil Adha & Terima Kasih Banyak2

Besar fadhilatnya jika kita berkorban melakukan sesuatu dengan kesungguhan, dengan kesabaran dan paling penting dengan keikhlasan, nescaya hasilnya takkan sia-sia malah ganjaran di luar jangkaan kita. segala pengorbanan tak kira apa saja, pasti ada keuntungannya. 
Di kesempatan ini, TERIMA KASIH Pza ucapkan kepada Kak Bayyah (SK), Suzie (Tmn Medan), Farah(KPMG), Ain (Shah Alam), Emyra dan ramai lagi pelanggan tetap, semua pelanggan baru dan semua yang dah merasai hasil tangan Pza. Maaf, tak dapat sebut semua. Jika ada kelapangan, berikan sedikit komen di ruangan ini. InsyaAllah, segala komen akan diberi perhatian dan amat dihargai.
Juga, SALAM AIDILADHA kepada semua. Di samping kita seronok bercuti, jangan lupa kepada yang memerlukan. Luangkan sedikit masa dan jadikan AIDILADHA ini titik tolak untuk kita mendalami dan menyelami diri untuk KEJAYAAN yang lebih baik. InsyaAllah...

p/s: Tengah menunggu pelanggan datang ambil order sebelum keluar hantar order ke Kota Damansara.

11 November 2010

Coklat Chip Muffin

Coklat Chip Muffin (Rm0.90) ~ 4.2 x 3.2 cm ~ 

Ptg smlm lps blk dr hantar Cup Cake kat Giant Shah Alam sambil2 wat Cheese Tart utk Doctor Ros(Doctor bersalin kat sek 6) nie regular customer sbb tiap2 hari rabu dia akn order Cheese Tart dgn pza, mugkin ada yg kenal dgn dia klu yg pernah g klinik bersalin kat sek 6 tu sebelah dgn 7e jer.Ok kt cerita pasal ptg td pza try wat COKLAT CHIP MUFFIN memang sedap lah muffin tu, mlm tu bawak g TUISYEN MAWAR INTELEK TTDI JAYA, selalu klu wat benda baru mesti budak2 kat tuisyen tu lah yg dapat rasa dulu, pakat2 mkn lah bebudak tu pas2 dok ckp sedap siap bg cadangan suruh jual kat sekolah dia org InsyaAllah thn dpn klu ada rezeki leh lah hantar kat sekolah TTDI JAYA tu, nanti leh tanya dgn cikgu sek tu yg hantar anak dia tuisyen pza mcm mana nak hantar kat sekolah tu...

10 November 2010

Cheese Tart Lg

Selamat sampai dgn jayanya CHEESE TART 200 biji hari nie jln jauh tart nie dari SHAH ALAM ke Damansara dkt2 dgn One Utama tu, nie staff yg kerja kat bagunan KPMG order dgr2 Fara yg tukang ambik order tuk raya hari nie dkt2 300 jgk tempahan tu blum confirm lg, pza mintak dia confirm cepat2 sbb tempahan skrg utk raya nanti pun dah dkt2 600 biji takut ada yg x dpt merasa jer klu lmbt order, ape2 pun yg x cantik2 tu x bg kat customer semua mks perut nak tau sbb apa jd mcm tu masa lukis2 coklat kat atas tu qais tgh goyang2 kaki pza mintak ambik air kat dlm peti....

08 November 2010

Order Hari Nie



Alhamdullilah hari nie order boleh tahan bnyk jgk 460 biji CHEESE TART, order dr Shah Alam dan Damansara Utama, br jer blk dr hantar Cheese Tart dpt order lg utk esok 200 biji...

Tempahan Utk Hari Raya Aidiladha

Tempahan utk HARI RAYA AIDILADHA pada 17hb nie dah dibuka, so jgn lah malu2 n ragu2 nak tempah dgn pza memang x akan megecewakan sbb dah ramai pelangan2 yg dah tempah n akan tempah lg. Sekarang nie  x perlu risau lg nak buat CHEESE TART sbb pza dah beli oven n mixer besar, so buat kejap jer dah boleh siap beratus2 biji, alhamdullilah nie semua berkat kepercayaan semua pelangan yg pernah ambik CHEESE TART dgn pza..

04 November 2010

Rezeki Datang Mencurah Curah Alhamdullilah

Hari nie order bnyk sgt2 alhamdullilah demi memuaskan hati pelangan tak tidur pun x apa mlm nie janji leh siap semua tempahan, patutnya order 525 biji jer CHEESE TART, tp siang td gi hantar sample dkt2 dgn TV3 tu tp bkn dlm TV3 klu kat dlm tu pza dah msk rancangan WHI dah hehehe, pas2 dlm perjalanan blk tu tepon bunyi rupa2nya sara yg ambik sample tu dia ckp CHEESE TART tu dah abis kwn2 dia mkn dia ckp mcm ikan pirana jer dia org mkn maklumlah masa gi hantar tu lunch time mesti lah semua kelaparan kan. Pastu dia ckp nak order sekali lg tp pza x leh nak ambik sbb nak blk wat 100 biji lg utk mlm nie Doctor kat sec 6 dia nak wat mkn2 kot Pas2 dia ckp nak esok maksudnya hari nie lah pza ckp x leh janji sbb takut x sempat tp sara ckp Insyaallah sempat sbb kwn2 dia nak jgk2 CHEESE TART tu x sampai hati plk nak tolak jd semua order utk hari nie 800 biji... ape2 pun tq bnyk2 yg sudi order tu...

02 November 2010

Saiz Cheese Tart

 Khas utk pelangan2 baru yg nak order CHEESE TART dgn pza yg selalu order tu memang dah tahu dah saiz dia kan,  kat sini pza ada sertakan saiz, selalu yg pelangan order saiz 4.5 x 1.8 cm tu lah, yg besar sikit tu sesuai utk buat door gift majlis keramaian atau persendirian.

Cup Cake & Tart 01/11/2010


Alhamdullilah smlm dpt order CUP CAKE & CHEESE TART. Walaupun bukan hari minggu tetap ada org order jgk , Cup cake tu customer baru nama dia kak ros kerja kat sec 13 jer tp duduk kat Klang yg Cheese tart tu customer yg dah pernah ambk sblum nie dia order lg sekali sbb nak bwk blk kg sbb mak Zizi order, tq Zizi nanti leh order lg yer...

Order Hujung Bulan 31/10/2010

COKLAT MOISE CAKE


MARBLE CHEESE BROWNIES

CHILLED CHEESE CUP CAKE

Semua nie order pada hari ahad, Alhamdulillah rezeki murah pd ujung2 bln nie, org yg paling bnyk order regular customer kak. baayah dr sri kembangan, leh kata 2 minggu sekali mesti order cheese tart n cake. Jumlah tempahan hari nie 1 BIJI CAKE COKLAT MOISE, 1 BIJI MARBLE CHEESE BROWNIES, 12 BIJI CHILLED CUP CAKE, 2 BIJI CHILLED BLUEBERRY CHEESE CAKE & 200 BIJI CHEESE TART...


 

From Home To Home Deli Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | web hosting