29 September 2011

Lontong Ayam Sedap...

Bahan2 
• *2 biji bawang besar
• *2 ulas bawang putih
• *1 jari kunyit hidup
• *1 hiris halia
• *2 sudu udang kering
• *2 sudu ikan bilis
• *sedikit belacan - jika suka
• *2 sk jintan kasar - sangar
• 2 batang serai - dititik
• 4 helai daun salam
• 1/2 jari lengkuas - diketuk
• 1/2 ekor ayam potong kecil2
• Bahan sayur di potong kecil ikut cara masing2 :-
• 1/2 biji kobis
• 8 batang kacang panjang
• 1 batang lobak merah
• 1 biji sengkuang kecil
• 1 biji terung panjang
• 1 keping tahu kering - rendam
• 4 biji kentang
• 4 keping tauhu - di potong kecil dan goreng
• 4 keping tempe - dipotong dan digoreng
• 2 ikat su'un - direndam
• lada merah dan hijau - dipotong serong
• 2 ltr santan pekat dan cair - drpd 3 biji kelapa
• air secukupnya
• garam, gula, serbuk lada hitam secukup rasa
• minyak utk menumis
Cara-cara
1. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi.Masukkan udang dan tumis lagi dan masukkan santan,daun salam,lengkuas dan masak hingga mendidih.
2. Masukkan sayur2an bermula dgn yg keras dulu dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut.

3. Hidang sayur lodeh dgn lontong,ketupat atau nasi himpit dan juga sambal tumis  bilis atau kuah kacang.

No comments:

Post a Comment

From Home To Home Deli Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | web hosting