22 December 2011

Cake - Karamel Pelangi

Kek karamel nie order dari Erda.. Erda cakap nak datang ambk kat Giant Shah Alam pukul 1.00tgh, sblum pukul 1.00ptg tu pza dah keluar takut nanti customer tunggu pza lama pulak kan..

Alangkah malang nasib pza smlm, pza tunggu sampai pukul 1.30ptg Erda tak sampai2 bila pza call dia cakap dia terlupa yg dia kena datang ambk kek dgn pza.. pza pun satu nak keluar umah tu tak call dulu.. jadikan sebagai pgajaran supaya lain kali dah tak jadi mcm nie, nasib baik lah memang pza nak kena gi beli buah kat Hero sbb nak buat Fruit Tart Zety kalau tak rasa buang masa macam tu jer... sabar jer lah kan..

Ape pun sebelum pukul 6.00ptg Erda datang ambk kek kat umah pza nasib baik dia jumpa.. sebenarnya umah pza senang jer nak datang klu dah tahu gian tu kat mana kat dlm blog pun pza ada letak map mcm mana nak datang umah @ pusat tuisyen utk pick up.

Ape2 pun terima kasih yer Erda jauh betul datang ambil kek harap erda berpuas hati lain kali order lagi yer..

Tart - Fruit Tart dgn Cream Cheese

Order nie dari Zety, jumaat lepas dia dah order 100 biji, semalam dia order lagi 100 biji dia cakap family dia semua cakap sedap tu yang repeat order lagi tu Alhamdullilah kalau sedap.

Zety datang ambil order dah malam dekat2 pukul 11.30mlm dah en suami pun dah nak tidor sebab esok dia nak kena keluar g office awal ada meeting katanya pukul 9.00pg tu, nasib baik lah dia dgn rela hati turun hantar order dkt Zety, terima kasih bnyk2 yer Abg Sayang Love U so Much....

Ape2 pun terima kasih juga pada Zety jauh tu datang ambil order dari Gombak tau, harap lepas nie order lagi yer...

Tart - Blueberry & Strawberry Cheese

Cheese tart order dari Kota Damansara


Nie order dari Ina Kota Damansara, sebelum ni ina order birthday kek untuk anak dia, kali nie dia order cheese tart utk hantar kat nursery anak dia..


Yang nie pulak order dari kawan Ina, kawan dia order blueberry cheese tart..


Terima kasih yer ina harap berpuas hari,lain kali order lagi yer..

18 December 2011

Cake - Kek Coklat Lembab Mickey Mouse


Order ni dari Ina Kota Damansara , order utk hari nie... hehehe Ina call dia ckp nak gambar Mickey  tp kalau ta ada Mickey gambar  Barney pun tak apa, kebetulan pza g kedai jual barang2 kek ada gambar nie memang reseki  adik Syafiqah nak dapat gambar Mickey..

Edible imej nie murah sikit kalau beli yg dah siap kat kedai harga RM11.00 jer kalau tempah tu mahal boleh sampai RM20.00++ 

Harga kek mcm nie pza tak ambk xtra caj apa2 pun.. harga kek pastu tambah harga edible imej tp deco simple2 jer lah 

Macam kek nie Ina mintak pza buat kek coklat lembab, harga kek RM35 lepas tu tambah harga edible imej RM11.00 jumlah semua RM46 jer lah

Harap ina berpuas hati lah yer dgn kek yg pza hasilkan tu lain kali order lagi yer..

Cake - Kek Caramel Pelangi & Beef Lasagna


Order ni dari Kak CT Zaleha, akk nie pza kenal dah lama tapi tak pernah jumpa.. selalu jgk kak ct nie order tapi gi hantar selalu tak dapat jumpa dengan dia...

Akhirnya order yg nie kak ct dtg dgn adk dia sarah, sarah nie pernah jd cikgu kat tuisyen pza, memang cikgu yg baik budak suka dgn dia.. 

Apa2 pun kak ct ckp lasagna dgn kek tu sedap, adk kak ct yg sorg lg tu pun dah promote kat office dia...

Harap kak ct dgn keluarga berpuas hati lain kali boleh order lg yer...

Cake - Princess

Kek yang telah ditempah oleh Kasturi, sebenarnya ada sejarah kek nie....

Sejarah dia Kasturi mintak pza buat kek nie 31/2kg tp bila dah buat pas2 pza timbang tak sampai 31/2 kg, pza call bg tau dgn Kas pas2 pza bg cadangan lah buat sebiji lagi utk cukupkan 31/2kg tu..kek nie boleh buat 2 tingkat klu tak letak gambar Princess tu..





Harap Kasturi berpuas hati lah dgn kek nie.. lain kali dah boleh agak dah bila ada tempahan kek besar2 nie...

Terima kasih banyak2 Kasturi lain kali order lagi yer...

Cake - Brownie Lapis Cheese & Beef Lasana

Yang nie pulak order dari Fad Klang.. Beef Lasagna dengan Brownie Lapis Cheese nie kali kedua Fad order, kali pertama masa Raya Haji hari tu... dia bawak balik kg kat Pendang Kedah, rupa2 nya Fad nie org kg pza jgk...

Apa2 pun terima kasih bnyk2 yer Fad harap berpuas hati, lain kali boleh order lagi yer...


Cake - Angry Bird

Adoyai cik malas melanda piza ni,... dah lama blog nie tak diupdate rasanya dah dekat satu bulan kot...


Ok lah cakap banyak tak mau alang2 cik rajin datang baik pza update siap2 gambar2 kek sepanjang blok dibersawang...
Kat atas nie kek Angry Bird, nie kali pertama buat ke nie... nasib baik en suami ada boleh lah da tolong lukis untuk buat mata dan mulut burung marah nie...

Apa-apa pun terima kasih lah pada IKE Klang sbb sudi order kek dgn pza harap berpuas hati lah yer..

31 October 2011

BBQ PTMI

Petang semalam pza berBBQ dgn pelajar2 Form 5 PTMI, plan dah lama tp nak kena cari tarikh yg sesuai baru lah rancangan nie boleh berjalan lancar, sbb melibatkan ramai pihak jadi kena lah betul2 ok baru boleh buat maklumlah en suami nie kerja kadang2 kena outstation tu yg susah sikit kalau nak plan buat apa2.... nie pun bernasib baik dia tak jadi g Johor kalau tak memang tak jadi jugak lah BBQ nih... 

Ape2 pun jom kita layan gambar2 semalam


Udang yg bnyk si Adlan yg bawak, student yg palaing awal sampai kat tempat BBQ nie..


Ayam yg telah diperap oleh Cikgu Zalifah, memang sedap....

Udang & Ayam sedang dibakar....



Lasagna & Macaroni goreng (terpenyek sbb botol air mineral terbalik atas dia, nasib baik tutup dgn aluminium foil)


Puding jagung dati Aidi..


Sosej yg bnyk sampai tak abis bakar dari Aidi jugak...


Kek, keropok, kacang air botol dari Afif Syazwan


Dalam periuk tu kuah Spegeti dari Harifah 



Dalam plastik tu jagung manis dati Adlan jgk...



Ada lg student lain tapi tak dapat nak join sekali...





Yg bertudung tu Cikgu Zalifah, cikgu yg paling sporting..






Qais mcm biasa tak lepas dgn helmet...


Org kuat majlis BBQ


Tu sj gambar yg sempat ambik, sbb masa tengah syok bakar tu angin n hujan turun dgn lebatnya nasib baik ada bumbung tu pun basah jgk sbb tempias.

Pesanan utk student F5 PTMI, BBQ sudah harap boleh jawab soalan dgn jayanya masa paper SPM nanti, jgn hampakan harapan mak ayah....




29 October 2011

Lasagna Size Medium...

Hari nie pza buat order lasagna utk medium size pulak, sebenarnya kan tiap kali buat lasagna nie tergoda tau dgn bau dia rasa mcm nak mkn jer...

Nasib baik lah godaan tu leh bertahan lg klu tak mesti abis lasagna tu tak sempat sampai kat customer..


Nie size medium jer kawan2, klu nak order share dgn member tu boleh lah, size sama jer dgn yg besar size medium nie 4x8 inci, sebiji RM30, memang berbaloi sgt2 klu beli sbb kat dlm tu ada macam2 cheese pun bnyk....

Beef Lasagna Sedap....

Semalam pza dpt order utk 3 biji Beef Lasagna 2 biji order dari akkk Nurlela satu lg order dari akk Ita Ara Damansara, memang agak sibuk lah semalam sbb dlm masa yg sama ada order utk Cheese Tart jgk dari Wanie Politeknik Shah Alam dan Ann Dari Bukit Raja Klang, habis jer masak semua pza kuar utk delivery kat semua tempat.. 

Alhamdulllah pza sampai rumah dlm pkul 4.00ptg mcm tu, memang tak sempat nak on9 fb pun semalam upload gambar pun guna hp jer masuk fb, blk tu baru sempat nak buka tgk2 dah ada 24 notification semua tanya pasal lasagna, yg best tu yg baru pza delivery pun dah siap bagi komen ckp sedap lasagna tu, alhamdullilah sgt2 harap2 lps nie order lg la yer....



Gambar cheese tart pza tak sempat nak ambil pun sebab sibuk sgt2 ...

24 October 2011

Order & Order ....

Assalamualaikum.... wahhhhh lamanya pza tak update blog nie dah naik bersawang dah, alang2 dah update pza masukan semua gambar order yg dah bersimpan lama kat fb tu...

Ape2 pun jom layan jer gambar2 order dari kawan2 kita...


Brownie Lapis Cheese



Kiwi Cheese Tart utk hantaran pertunangan 


Strawberry Cheese Tart


Fruit Tart with Cream Cheese order dari Mila Wati & Muiz


Blueberry Cheese Tart ..

Nanti raya haj pza blk kg, sape2 yg nak order boleh lah bg tau kat pza awal2 yer...

12 October 2011

Tempahan Hari Raya Aidiladha 2011(06/11/2011)


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Raya Haji dah tak lambat lg klu tak salah 06/11/2011 kan... dengan itu pza dengan rasminya membuka tempahan untuk Hari Raya Haji nanti, kalau tak ada aral melintang pza akan pulang ke kampung hari jumaat sebelum raya nanti...

Sape yg nak order tu boleh lah buat tempahan yer tp mesti lah pick up hari khamis sebelum raya yer...


Almond Rocher 
50 biji RM25


Tart Coklat Badam
50 biji RM26


Tart Nenas
50 biji RM24


Tart Blueberry
50 biji RM25


Almond London
50 biji RM26


Biskut Dahlia/Samperit
50 biji RM20

Kalau sape2 nak order boleh lah call pza kat no nie 012-544 2482 kalau pza tak angkat phone msg pun ok...

04 October 2011

Kebaikan Lactolite..

LACTOLITE
Merupakan minuman Serbuk Yogurt Kultur Hidup dan Inulin yang menggabungkan kebaikan kultur hidup dan inulin bagi menjamin kesihatan sistem penghadaman (gastrousus) dan badan kita. Ia adalah sinbiotik yg menggabungkan kedua2 probiotik dan prebiotik, tidak mengandungin sebarang herba atau bahan kimia yang bersifat laksatif (julap) makanya, sama sekali takkan menyebabkan kekejangan perut mahupun cirit-birit

Apa itu Lacto-Lite???
1) NURICH LACTO-LITE adalah yogurt kultur hidup & inulin menggabungkan kultur hidup dan inulin untuk menjamin kesihatan sistem penghadaman.
2) NURICH LACTO-LITE adalah sinbiotik yang mengabungkan kedua-dua probiotik dan prebiotik.
3) NURICH LACTO-LITE tidak menyebabkan kekejangan perut mahu pun cirit birit.
Kandungan Lacto-Lite
1) Inulin
2) Serbuk yogurt dengan kultur hidup
3) Serbuk konjak
4) Oligo-fruktosa
5) Maltodekstrin
6) Serbuk vanila dan silikon dioksida
7) Kondisioner makanan (agen antipengerakan) yang dibenarkan
Kebaikan Lacto-Lite
1) Lactolite dpt bantu singkirkan toksin dalam badan
2) Tingkatkan metabolisme dan mempercepatkan proses penurunan berat badan
3) Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik untuk perut
4) Membantu dalam penghadaman dan bertindak mencegah sembelit
Panduan minum Lacto-Lite
Minum 1 sachet sehari : Minum sebelum sarapan pagi coz masa time tu perut masih kosong dan takde apa nak lawas lagi. Nak kasi perut sihat, it is good if minum masa perut kosong ya. Tapi if u all tak sempat nak minum awal pagi tu, leh ja minum sebelum tido, tapi pastikan sekurang-kurangnya 4 jam selepas dah jamu dinner.
Since Lacto-Lite ni dalam bentuk serbuk :
1) Larutkan sahaja dalam ke dalam 200ml air suam (nak mix dengan jus buah-buahan pun bole)
2) Kacau dan terus minum
3) Elakkan penggunaan air panas
Jgn lupa, sentiasa minum air dalam kuantiti yang banyak (800ml) untuk bantu proses detoksifikasi dan meningkatkan kesihatan badan!!!!
CARA LACTOLITE MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN
1. pernah tak lepas korang makan dengan jayanya, korang still rasa lapar.. or rasa mcm ni bole makan lagi nih.. bole masuk lagi ni.. kannnn.. itu sebab kandungan bakteria baik dalam usus sudah semakin berkurangan so usus yg bersifat macam stokin tu akan mengembang dan kembang untuk isi makanan yang korang makan menyebabkan perut korang buncit hebat terbaik!!!


2. makanya dengan mengamalkan Lacto Lite ni, sisa makanan atau nama kampungnya najis berlonggok dalam usus tu akan dinyahkan drp sistem usus dan menggalakan pertumbuhan bakteria2 baik supaya penyerapan nutrien lebih berkesan..so makan sikit pon dah bole kenyang..kalau makan lebih jugak tu nafsu namanya.. part tu xleh nak tolong la kecuali, pakai Premium Beautiful..sebab Premium Beautiful ade infra-red yang bole memboost-kan metoblism badan dan fabrik yg bole membantu membentuk tubuh.. so nnt dah kurus, takde la gelebeh2 sana sini..
Sekotak=25 sachet= RM150
Nak special price boleh msg atau call pza..


* Sejak pza minum nie berat dah turun 6kg walaupun belum habis 1 kotak, pas2 ada satu kain baju kurung moden nie pza tak boleh pakai sbb ketat kat punggung tp bila ambk lactolite nie pza dah boleh pakai, bkn tu jer zip kain tu pun pza dah boleh tarik sampai habis...



02 October 2011

Order dari Akk Hairu Sec 27 Shah Alam

Salam semua...hari nie pza buat tempahan utk akk Hairu dia duduk dkt sec 27, kebetulan en somi pulak tak ada sbb kena g outstation jd secara tidak langsung pza kena beranikan diri utk hantar sendiri lah tempahan nie...

Sebenarnya pza pernah sampai kat sana tp disebabkan masa g tu en somi yg drive jd tak ambk tau sgt lah , sekali kena g sendiri baru gelabah, tp tak apa en somi ckp nanti dia bg tau jln mcm mana nak g ke sana...

Sbb yakin mesti boleh sampai so pza pun g sendiri dgn hanya call en somi tanya jln nasib baik jgk lah en somi nie bab nak bg tau jalan memang dia terer lah, akhirnya sampai jgk kat sana walaupun ambk masa dkt2 1 1/2 jam, nasib baik lah keluar awal dari rumah sbb memang dah tau mesti lmbt sampai sbb nak cari jln dulu...

Ape2 pun pza dpt pgajaran kat sini walau apa pun yg kt buat mesti yakin dan berani klu tak berani sampai bila nak mangharapkan org lain kan....


Beef Lasagna 


Brownie Kukus Lapis Cheese, Marble Chocolate Cheese , Kek Karamel pelangi & Beef Lasagna



29 September 2011

Bihun Sup Utara Sedap..





Bahan-bahan 1
* 1/2 kilo tulang
* 1 kilo daging
* 2 liter air
*2 biji bawang besar*
* 3 inci halia(belah 2)
* 1 batang kulit kayu manis
* 1 bungkus sup bunyut
* 1 bungkus kecil serbuk sup adabi (dibancuh dgn air)
* 1 sudu besar hitam lada (dikisar)
* 1 sudu besar serbuk hilal
* gula dan garam secukup rasa


Bahan-bahan 2
* 1 bungkus bihun (diremdam dan dicelur)
* Lobak masin
* Bawang goreng
* Daun sup


Cara2
1. Rebus tulang dan daging sehingga empuk
2. Angkat daging dan masaukan semua bahan2 kisar , halia, kulit kayu manis, sup bunyut, lada hitam serbuk hilal garam dan gula akhir sekali masukan serbuk adabi yg telah dibancuh bersama sedikit air.
3. Hidangkan bihun sup bersama bahan-bahan 2 bersama cili kisar yg telah dimasak...

Lontong Ayam Sedap...

Bahan2 
• *2 biji bawang besar
• *2 ulas bawang putih
• *1 jari kunyit hidup
• *1 hiris halia
• *2 sudu udang kering
• *2 sudu ikan bilis
• *sedikit belacan - jika suka
• *2 sk jintan kasar - sangar
• 2 batang serai - dititik
• 4 helai daun salam
• 1/2 jari lengkuas - diketuk
• 1/2 ekor ayam potong kecil2
• Bahan sayur di potong kecil ikut cara masing2 :-
• 1/2 biji kobis
• 8 batang kacang panjang
• 1 batang lobak merah
• 1 biji sengkuang kecil
• 1 biji terung panjang
• 1 keping tahu kering - rendam
• 4 biji kentang
• 4 keping tauhu - di potong kecil dan goreng
• 4 keping tempe - dipotong dan digoreng
• 2 ikat su'un - direndam
• lada merah dan hijau - dipotong serong
• 2 ltr santan pekat dan cair - drpd 3 biji kelapa
• air secukupnya
• garam, gula, serbuk lada hitam secukup rasa
• minyak utk menumis
Cara-cara
1. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi.Masukkan udang dan tumis lagi dan masukkan santan,daun salam,lengkuas dan masak hingga mendidih.
2. Masukkan sayur2an bermula dgn yg keras dulu dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut.

3. Hidang sayur lodeh dgn lontong,ketupat atau nasi himpit dan juga sambal tumis  bilis atau kuah kacang.

26 September 2011

Brownie Kukus Lapis Cheese & Beef Lasagna

Beef Lasagna tu cheese tak boleh nak cover tepi sbb isi2 kat dalam tu bnyk sampai nak melimpah keluar...

Hari nie pza buat order utk Azlina, hari sabtu lps akk Azlina order 100 biji Blueberry Cheese Tart hari nie dia order 1 biji Brownie Kukus Lapis Cheese & Beef Lasagna pulak...

Akk Azlina nie kiranya org pertama lah order utk Brownie Kukus nie sbb kek nie pun pza baru try buat sabtu lps utk bawak g open house kawan en suami kat Setia Alam...

From Home To Home Deli Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | web hosting