29 September 2011

Bihun Sup Utara Sedap..





Bahan-bahan 1
* 1/2 kilo tulang
* 1 kilo daging
* 2 liter air
*2 biji bawang besar*
* 3 inci halia(belah 2)
* 1 batang kulit kayu manis
* 1 bungkus sup bunyut
* 1 bungkus kecil serbuk sup adabi (dibancuh dgn air)
* 1 sudu besar hitam lada (dikisar)
* 1 sudu besar serbuk hilal
* gula dan garam secukup rasa


Bahan-bahan 2
* 1 bungkus bihun (diremdam dan dicelur)
* Lobak masin
* Bawang goreng
* Daun sup


Cara2
1. Rebus tulang dan daging sehingga empuk
2. Angkat daging dan masaukan semua bahan2 kisar , halia, kulit kayu manis, sup bunyut, lada hitam serbuk hilal garam dan gula akhir sekali masukan serbuk adabi yg telah dibancuh bersama sedikit air.
3. Hidangkan bihun sup bersama bahan-bahan 2 bersama cili kisar yg telah dimasak...

Lontong Ayam Sedap...

Bahan2 
• *2 biji bawang besar
• *2 ulas bawang putih
• *1 jari kunyit hidup
• *1 hiris halia
• *2 sudu udang kering
• *2 sudu ikan bilis
• *sedikit belacan - jika suka
• *2 sk jintan kasar - sangar
• 2 batang serai - dititik
• 4 helai daun salam
• 1/2 jari lengkuas - diketuk
• 1/2 ekor ayam potong kecil2
• Bahan sayur di potong kecil ikut cara masing2 :-
• 1/2 biji kobis
• 8 batang kacang panjang
• 1 batang lobak merah
• 1 biji sengkuang kecil
• 1 biji terung panjang
• 1 keping tahu kering - rendam
• 4 biji kentang
• 4 keping tauhu - di potong kecil dan goreng
• 4 keping tempe - dipotong dan digoreng
• 2 ikat su'un - direndam
• lada merah dan hijau - dipotong serong
• 2 ltr santan pekat dan cair - drpd 3 biji kelapa
• air secukupnya
• garam, gula, serbuk lada hitam secukup rasa
• minyak utk menumis
Cara-cara
1. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi.Masukkan udang dan tumis lagi dan masukkan santan,daun salam,lengkuas dan masak hingga mendidih.
2. Masukkan sayur2an bermula dgn yg keras dulu dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut.

3. Hidang sayur lodeh dgn lontong,ketupat atau nasi himpit dan juga sambal tumis  bilis atau kuah kacang.

26 September 2011

Brownie Kukus Lapis Cheese & Beef Lasagna

Beef Lasagna tu cheese tak boleh nak cover tepi sbb isi2 kat dalam tu bnyk sampai nak melimpah keluar...

Hari nie pza buat order utk Azlina, hari sabtu lps akk Azlina order 100 biji Blueberry Cheese Tart hari nie dia order 1 biji Brownie Kukus Lapis Cheese & Beef Lasagna pulak...

Akk Azlina nie kiranya org pertama lah order utk Brownie Kukus nie sbb kek nie pun pza baru try buat sabtu lps utk bawak g open house kawan en suami kat Setia Alam...

24 September 2011

Brownie Kukus Lapis Cheese, dah tentu2 sedap...


Hari nie pza terlebih rajin, dah lama nak buat kek nie tp baru hari nie kesampaian sbb ada semangat berkobar2, hehehe....

Kek nie pza ingat nak bawak g open house umah kwn en somi esok, tp ptg nie mak saudara en somi pun buat open house jgk dalam dilema lah nie nak bawak rumah sape... tp utk umah mak saudara tu pza dah buat kek alunan kasih awal2 lagi...

Tp bukan nak puji pasal brownie nie memang sedap lembut pas2 cheese tu plk ada at tgh2, bila mkn tu terasa lah semua coklat + cheese memang terangkat lah..

Tak percaya cuba lah try dulu, pasti lps nie nak order lg...

19 September 2011

Beef Lasagna Order Dari Zizi Usj 9

Tu la kan bila dah lama tak update ada lah benda yg tertinggal nak msk kat sini, khamis minggu lps pza dpt order dari Zizi utk sebiji Beef Lasagna, Cheese Tart & Marble Coklat Cheesecake..

Zizi klu order bkn sikit2 memang bnyk sbb family dia ramai, ape2 pun terima kasih bnyk2 yer Zizi sbb sudi order dgn akk next time order lg yer..


Beef Lasagna nie kali kedua Zizi order, dia bg tau memang sedap sbb cheese bnyk tgk gambar kat atas tu dah boleh tau sampai melimpah2 cheese kat atas lasagna tu, memang berbaloi sgt2 klu beli..





Aneka Kek Order Dari Pn Azean lembah Subang Petaling Jaya

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya semua.. agak lama pza tak update blog kan, sja blk dari raya nie malas plk nak ambk gambar2 yg pelangan order mungkin terlampau penat kot...

Nie pza update sikit yer order smlm dari Pn Azean dari Lembah Subang PJ... dia order 4 biji kek dgn pza..

Selamat menjamu mata klu teringin boleh lah order dgn pza...


Kek Karamel Pelangi memang sedap dan gebu...


Kek Karamel Pelangi, Red Velvet Cheese Brownies, Marble Coklat Cheese & Kek Alunan Kasih 


Kek Alunan Kasih


Red VelVet & Marble Coklat Cheese

 

From Home To Home Deli Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | web hosting