17 November 2010

Salam Aidil Adha & Terima Kasih Banyak2

Besar fadhilatnya jika kita berkorban melakukan sesuatu dengan kesungguhan, dengan kesabaran dan paling penting dengan keikhlasan, nescaya hasilnya takkan sia-sia malah ganjaran di luar jangkaan kita. segala pengorbanan tak kira apa saja, pasti ada keuntungannya. 
Di kesempatan ini, TERIMA KASIH Pza ucapkan kepada Kak Bayyah (SK), Suzie (Tmn Medan), Farah(KPMG), Ain (Shah Alam), Emyra dan ramai lagi pelanggan tetap, semua pelanggan baru dan semua yang dah merasai hasil tangan Pza. Maaf, tak dapat sebut semua. Jika ada kelapangan, berikan sedikit komen di ruangan ini. InsyaAllah, segala komen akan diberi perhatian dan amat dihargai.
Juga, SALAM AIDILADHA kepada semua. Di samping kita seronok bercuti, jangan lupa kepada yang memerlukan. Luangkan sedikit masa dan jadikan AIDILADHA ini titik tolak untuk kita mendalami dan menyelami diri untuk KEJAYAAN yang lebih baik. InsyaAllah...

p/s: Tengah menunggu pelanggan datang ambil order sebelum keluar hantar order ke Kota Damansara.

No comments:

Post a Comment

From Home To Home Deli Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | web hosting